Home > Mengenai NASAM > Sejarah NASAM

Sejarah NASAM

Sebuah artikel berkenaan pemulihan menakjubkan Janet Yeo, Pengerusi and Pengasas NASAM, dari strok, yang disiarkan di suratkhabar berbahasa Inggeris dalam tahun 1995, adalah katalis/pemangkin yang membawa kepada penubuhan NASAM.


Artikel tersebut telah menjanakan respon yang sangat besar dari mangsa-mangsa strok dan keluarga mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pemulihan Janet. Beliau begitu terharu dengan soalan-soalan dari mereka lantas memulakan sebuah kumpulan sokongan.

Mereka bertemu sebulan sekali di pejabatnya, tetapi dengan cepat mendapati yang belas kasihan sahaja tidak memadai.
Perjumpaan bulanan ini berkembang menjadi sesi fisioterapi mingguan di tempat letak kereta Janet. Sesi-sesi ini bukan sahaja membantu mangsa strok mendapatkan semula fungsi anggota mereka yang lumpuh, ia juga memulihkan keyakinan diri mereka dan memberikan mereka harapan yang terdapat kehidupan selepas strok.

Dalam tahun 1996, dengan sokongan teman-teman dan para sukarelawan, kumpulan sokongan ini mendaftarkan diri mereka dengan Pendaftar Persatuan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal yang dikenali sebagai Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia atau NASAM.

Dua objektif utama NASAM adalah:

   
  • Untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan supaya mangsa-mangsa strok dapat kembali kepada kehidupan yang sebiasa mungkin di dalam batas kehilangan upaya mereka.
  • Untuk mempromosikan konsep pencegahan strok dengan meningkatkan kesedaran awam berkenaan risiko strok.
  •    

    Hari ini, NASAM mengoperasikan tujuh pusat pemulihan: di Petaling Jaya, Ampang, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Sabah dan Johor. Misi jangka panjang NASAM adalah untuk menjadikan pemulihan strok boleh dicapai kepada sebanyak mungkin mangsa strok, terutamanya kepada mereka yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman.

    Pesanan NASAM kepada orang awam adalah: Ada Kehidupan Selepas Strok melalui usaha pemulihahan yang teratur.

    Hyperrangkai Berkenaan

    Pencegahan Strok

  • Apa Itu Strok?
  • Apakah Yang Menyebabkan Strok?
  • Siapakah Yang Berisiko?
  • Apakah Gejala-Gejalanya?
  • Bagaimana Strok Di Diagnos?
  • Kesan-Kesan Strok
  • Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Strok?
  • Mengurangkan Risiko Strok Berulang
  •  

    Pemulihan Strok

    Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak. Selanjutnya »

  • Fisioterapi
  • Terapi Cara Kerja
  • Terapi Pertuturan
  • Kaunseling
  •  

    Mengenai Strok

     
     
  • Sejarah NASAM
  • Misi & Visi NASAM
  • Aktiviti-Aktiviti NASAM
  • Pusat-Pusat NASAM
  • Kisah-Kisah Mangsa Strok
  • Sukarelawan NASAM
  • Keahlian NASAM
  • NASAM Exspress
  • Dermaan
  •  

    Laman Web Ini Di Taja Oleh BP Malaysia
     

    Pusat-Pusat NASAM

     
     

    Pusat-pusat NASAM berfungsi sebagai tempat di mana mangsa-mangsa strok boleh membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, dan untuk mendapatkan maklumat serta sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.

     
     
  • Petaling Jaya
  • Ampang
  • Penang
  • Perak
  • Malacca
  • Sabah
  • Johor
  • Kuantan

  • 03 7956 4840
  • 03 4256 1234
  • 04 229 8050
  • 05 321 1089
  • 06 231 0177
  • 08 826 1568
  • 07 223 0075
  • 09 566 8195
  •  


    Mengenai NASAM | Pencegahan Strok | Pemulihan Strok | Hubungi Kami

     

    © National Stroke Association of Malaysia (NASAM). Hakcipta Terpelihara. Direka oleh ra°