Lebih 3,500 Wargakota Ipoh Sertai Ipoh Low Carbon Day Bulan Ogos 2024
(Over 3,500 Ipoh Residents Set to Join Ipoh Low Carbon Day in August 2024)

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) | Aktiviti & Berita | 25 Ogos 2024 :

Perarakan Hari Kebangsaan telah menghiasi program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) dengan penyertaan seramai 300 anak-anak dari Persatuan TASKA Perak yang ditemani keluarga dan guru masing-masing.

Sebanyak 20 institusi telah mengambil bahagian didalam program kali ini yang bersesuaian dengan Tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka dipilih untuk menjayakan Program siri ke-72 ini.

Penganjuran kali ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (National Stroke Association of Malaysia) @ NASAM Perak cawangan yang telah menganjurkan Larian Amal NASAM Step Forward For Stroke 2024 dan disempurnakan pelepasannya oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh. Seramai 200 orang peserta telah menyertai larian tersebut . Acara larian ini terbahagi kepada 2 ketegori iaitu kategori larian yang disertai oleh peserta Stroke Survivors & Caregivers sejauh 1KM dan larian terbuka untuk warga Ipoh dan luar Ipoh berumur 12 tahun dan keatas sejauh 3KM.

Pelbagai pertandingan seperti Pakaian Beragam bertemakan Jalur Gemilang untuk kanak-kanak dan pendidik termasuk pertandingan Stroller Kreatif untuk bayi hingga 3 tahun juga turut dipertandingkan dibawah program Persatuan TASKA Perak.

Ia turut dihadiri oleh EXCO Tertinggi Persatuan TASKA Perak, Nafizah binti Abd Malik, Shuhaidawati Idayu binti Mohd Anis, Mazlen binti Che Mohd Nor dan Pengurus Besar NASAM, Puan Monica Geraldine Gayondato.

Source: Website | Facebook

Leave a Reply